Thursday, 15 December 2011

Satu

Subuh yg hening.

Selesai menunaikan solat Subuh, Maryam bersiap untuk memulakan hari-hari normal ke tempat keje. Di belek satu-persatu pakaian yg tergantung, dengan mimik-mimik muka yg agak blur. Pilihan antara mahu atau tidak.

"Ah, nak pilih baju pun masalah. Pakai je lah yg ni", lantas merembat sehelai kemeja dan seluar. Pakaian sehari-hari yg sebenarnya tiada masalah apa pun. Selesai bersiap, mengenakan solekan nipis, semburan pewangi sedas-dua, beg tangan di capai lalu Maryam keluar dari bilik terus menuju ke dapur. Melihat ibunya sudah selesai menyiapkan sarapan.

"Hah Yam, makan dulu. Kau ni hari-hari nak cepat je. Tak elok tinggalkan sarapan kata orang"

"Nak makanlah ni mak. Mana boleh tinggal ni nasi goreng mak yg sedap. Emmm.. Bau pun dah goncang iman lah mak", gurau Yam sambil tersenyum manis.

Pinggan selesai di cuci. Maryam terus keluar menhidupkan enjin kereta. Bunyi enjin yg agak bising ibarat bunyi motobot memeranjatkan anak buah Maryam yg enak dibuai mimpi di ruang tamu. Yam gelak keseorangan. Entah bila mahu di servis kereta itu. Maryam sibuk dengan keje dan kehidupan seharian. Banyak perkara enteng hanya di tolak tepi dan memberi laluan pada yg lebih penting. Ya, bunyi enjin kereta seperti motobot juga agak enteng pada Maryam.

"Tak boleh jadi ni. Kena servis jugak, kalau tak down tengah jalan, tengah highway. Mati aku menapak nak cari workshop", bisik Maryam.

"Dah bangun budak Farel ni. Bising sangat bunyi kereta tu. Kan mak dah pesan, pegilah hantar kat kedai Pak Usop depan tu. Kalau ikut masa, kau memang memanjang takde masa"

Muka Maryam berkedut-kedut mendengar bebelan emaknya di pagi yg sunyi sepi. "Ye lah mak. Nanti Yam cuba. Pegi ye mak.. Bye Farel. Jangan naughty ok. Jangan buli opah tau. Behave sampai mama papa balik ok", Tangan emaknya di cium. Pipi Farel habis merah di tenyeh dengan ciuman Maryam. Farel merengek lagi.

"Yaamm..!"

"Hehehe.. Pegi mak!"



Bersambung...